Tuesday, 20 December 2011

Ai malulaaaaahhhh….

Just nak kupas one topic yang selalu sangat I encounter lately…
Sometimes, bile I share this biz opportunity to my frens , acquaintance and general people, one of the rebuttal point is that:

“ I malulah, nak kena approach orang, segan nak tegur orang….”

“Malulah nak buat sales, tak standard lansung nak kena jual barang kat orang…”

“Macam low class je buat selling ni, dah laa jual baju dalam…eiii maluuuu”

“Seganlaa, macam muka tak malu, tersua-sua jual barang kat orang lain…hmmm”

 And, bile ada yang dah bersemangat nak buat biz ni pulak, dah pun ada modal, ada produk dan ada ilmu…bile nak bertindak je:

“babe, I segan laa, tak tau camne nak mula bercakap dengan orang..”

“I malulah, kalo I promote or buat marketing kat Facebook/ blog or other online tools, nanti my friends sume tau I buat biz ni…”

“I seganlaa nak promote selalu kat Facebook, takut nanti orang menyampah pulak tengok status-status I , sikit-sikit pasal Premium Beautiful, biz etc…”

Banyak lagilah yang di-malu and segan-kan….

Honestly, masa I mula-mula start berbisnes pun, I sangat pemalu…in fact, bukan je pemalu, malah pendiam gile hahaha

Masa first time I nak jual produk pun, my officemates yang notice the difference in me and tanya.. ……….
“ babe u pakai ape?”
Lepas tu I ajak a few friends untuk tunjuk demo Premium Beautiful kat surau office… tu pun, all the way, my mentor, DDM Izyan yang cakap pasal produk…

However, over time, perlahan-lahan, sifat malu untuk berbisnes tu slowly berkurangan…

Nak tahu kenapa?

Sebab, malu tu tak bawak I ke mana pun…dengan bersifat “malu tak bertempat”, hidup I just stagnant kat situ je…

Dalam Islam, sifat malu tu perlu untuk kita menghalang diri dan orang sekeliling dari melakukan kemungkaran….

But in this case, bukankah sifat malu tu membawa keburukan  dan kerugian ?

Kadang-kadang I do notice, kita orang Melayu ni memang kaya dengan sifat malu…but sometimes, memang tak bertempat…
Bukan nak cakap I ni bagus sangat, coz I am also guilty of being “malu tak bertempat “ ni…

Contoh kelakuan malu tak bertempat- based on my observationlaa :)

a)     malu bertanya sesat jalan – heheh…ni basically malu campur ego…especially guys, kalo bawak kete, bile dah sesat, mak aiii malu laa teww nak turun tanya arah kat orang kan

b)malu nak beri pendapat dalam discussion- alaaa ni mesti korang familiar, bile buat brainstorming, sume diam…dalam meeting/seminar bile time Q &A sume diam…takde soalan…padahal ada sebenarnye…tapi malu nak tanya, takut orang cakap soalan bodoh… or malas nak bangun (konon)…HAHAHA

 c)       malu dalam beragama – ni pun kadang-kadang kite memang bersalah laa, malu nak tegur orang bile nampak orang buat kemungkaran…malu nak ajak orang sama-sama pegi solat or majlis ilmu….malu bile orang tahu kita selalu pegi majlis ilmu/masjid (nanti orang label tabligh laa, skema laa etc)...

 d)      malu dengan kekurangan diri dan tak bersyukur – ni pun selalu orang Melayu buat…malu nak bergaul dengan orang sebab aku ni miskin, malulaaa, aku banyak jerawat…segan nak jumpa orang….malulah, aku ni gemuk, pastu tak pandai…tetibe je nak kawan ngan orang cantik , pandai, bergaya etc. Ni bukan je malu tak bertempat, malah, tak besyukur dengan nikmat Allah…sepatutnya cuba ubah yang negative jadi positive , bukannya bile dah negative, lagi nak merendahkan diri sampai jadi keciiiiikkkk sangat!

e)      Malu nak mintak bantuan bila memerlukan- ni pun berkaitan ego jugak lah…ada yang sanggup berlapar, sebab malu nak mintak bantuan kat orang lain…ataupun sanggup bersusah payah nak buat sendiri, padahal kalo kita mintak kawan kita tolong bagi ilmu, ajarkan kita nak buat macam mana, kita dapat selesaikan dengan cepat

 f)       Malu nak tunjukkan kasih sayang dengan family/isteri di depan masyarakat – ni I’m sure ramai familiar…hubby lepas kawin dah taknak loving-loving dah depan orang…maluuuu

g)      Malu bila bekerja sendiri /berniaga – tak kira lah berniaga apa pun…asalkan uols dapat menampung hidup keluarga, bukan menganggur je… contohnya berniaga di pasar malam… to me, eloklah berniaga burger ke, even jual goring pisang pun dari duduk melangok kat rumah…sebab malu, nak jaga standard…nak keje kat pejabat (padahal clerk gaji RM800, kalo berniaga pasar malam pun dapat ribu-ribu sebulan)

 Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Habis itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?

h)      Malu mencari rezeki - contoh is like malu untuk memulakan perniagaan, malu untuk mengambil duit jualan (or kutip hutang), malu untuk mempromosikan barangan. Usually, kita  akan merasa malu bila ingin memperkenalkan sesuatu sedangkan apa yang orang fikir tidak semestinya sama macam yang kita fikir.

From my experience berniaga so far, tak pernah lagi lah I memaksa orang menbeli barangan I atau paksa diorang turut sama berniaga macam I.

Apa yang I bagi kat diorang cuma AWARENESS and sharing of experience.
Satu benda yang I learn in business is that, kita kena start from zero, and letak ego kita kat tepi…

Kadang-kadang, kita sibuk sangat fikir apa pandangan orang terhadap kita, tapi, apa yang kita dapat dari situ? Tak dapat apa pun!

Ironically, kadang-kadang  orang tak fikir ape pun pasal kita, kita je yang sibuk nak fikir apa orang nak fikir, cakap and mengumpat kita  :P
yelah, kalo fikir logic, kite bukan celebrity pun, berape orang sangatlah yang nak spend time fikir pasal kite? hehehe

Kalo betul die mengumpat pun, biarlah…die yang dapat dosa…tak luak pun kat diri kita…

Daripada kita spend time fikir pasal pandangan orang lain, why don’t kita change and use that time to improve ourselves? Belajar mengaji ke, buat solat sunat ke, pegi kelas untuk  belajar something new, and change our lives ….

Like I always reminded myself “tuah takkan datang bergolek, pipih takkan datang melayang” – memang ada masa yang kita rasa MALAS, MALU, EGO, COMPLACENT etc…bile ada je rasa macam tu, just remind ourselves of that…

Allah takkan mengubah nasib seseorang kecuali dia berusaha mengubahnya sendiri :)

Heheh..sometimes I feel writing is my theraphy…and a way to muhasabah diri…coz while I’m writing, I teringat all the mistakes that I have done…InsyaAllah kita try berubah sama-sama k!

If ada yang terasa dengan apa yang I tulis ni…mintak maaf in advance ya …but I just want to share what I learnt from kelas IMP:

“ JANGAN ASYIK TERASA, BILA LAGI NAK MERASA”

Heheh…stay positive everyone!

CIAO BELLA!

p/s: You can contact me @ 019-339 3340 , or email at ismalinaishak@gmail.com :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring