Tuesday, 16 April 2013

katak pekak

saw this story people share in FB :)

what I can say, memang BETUL!

orang tak akan berhenti bercakap, so terpulang kepada kita untuk tapis apa yang kita dengar ...

when you put your mind to it, your body will take you to the IMPOSSIBLE!

moga bermanfaat kepada semua kayyy


Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulai.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.
Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya  hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.


SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!

BELAJAR DARI KATAK PEKAK
Apakah  hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini Sang katak yang pekak akhirnya berjaya menawan menara itu ketika katak-katak lain berputus asa kerana mendengar kata-kata peluntur semangat dari penonton yang hadir. 


Begitulah juga dengan kehidupan kita. Kadang-kadang kita akan berdepan dengan orang-orang yang akan meruntuhkan semangat kita, yang mempunyai kecenderungan negatif dan akhirnya mereka akan melenyapkan segala mimpi kita. Belajarlah dari sang katak yang pekak, untuk kita cuba memekakkan telinga ketika orang mengatakan kita tidak boleh. 

kerana kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

xoxo
Isma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring