Friday, 1 November 2013

Menjemput Rezeki - Bersangka baik dengan Allah :)

Salam Jumaat dear readers!

Read this on Facebook, sometime this week :)

sometimes we forgot, and we need someone to remind us consistently...

bila kita menjemput rezeki instead of mengejar rezeki....hidup lebih tenang, rezeki pun datang tepat pada masanya :)

____________________________________________________________________
Bismillah.

Bersangka baik dengan Allah.Sungguh Allah itu Maha Baik.

Boleh diumpamakan seperti seorang pencinta kucing dan kucingnya.

Seekor kucing pada suatu hari 'mengiaw2' pada Tuannya, ingin keluar dari pintu rumah untuk bermain.Lantas kerana sayangnya pada kucingnya itu dan tidak sanggup mendengar rintihannya itu, tuannya terus buka pintu untuk kucing itu keluar bermain, kerana beliau tahu di luar rumah itu selamat untuk bermain ketika itu.

Pada suatu hari, kucingnya sekali lagi merintih ingin keluar rumah dan bermain, tetapi tuannya tidak membenarkan kerana beliau tahu ada bahaya(anjing) yang sedang menanti kucingnya itu di luar ketika itu. Beliau begitu kasihan pada kucingnya itu merintih2 nak keluar bermain, tetapi di tahannya dahulu kerana ingin menunggu bahaya (anjing) itu pergi dahulu.Sang kucing masih merintih2, merayu2. Lalu, apabila bahaya sudah pergi, tuannya terus benarkan kucingnya keluar bermain semula.

Begitulah sedikit perumpamaan bagaimana kasihnya Allah pada kita hambaNya. Tetapi masih tak dapat mencapai tingginya kasih sayang DIA pada kita. Lebih 70x dari sayangnya ibu pada kita.

Terkadang Allah cepat kabulkan doa kita kerana Allah tahu itu baik untuk kita untuk ditunaikan pada masa itu.

Tapi, terkadang Allah 'hold' dahulu doa kita sebelum dikabulkan kerana Allah Maha Mengetahui apa bahaya yang menanti di hadapan kita jika dikabulkan pada masa itu. Lantas doa itu tetap dikabulkanNya bila tiba masa yang terbaik untuk kita.

Jadi berbaik sangka lah pada Allah. Sungguh, Allah sangat sayang pada kita. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jika tidak dikabulkan pun apa yang kita doa padaNya, pasti akan DIA berikan yang lebih baik dari apa yang kita minta
kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring