Saturday, 10 May 2014

Makanan Penambah Susu Badan (Milk Booster)

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu anda menambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.




Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Paling senang, campurkan quick cook oat dalam air Milo masa breakfast :)

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Mummy ada belikan kurma ajwa masa umrah aritu...setakan ni selang sehari memang makan 7 biji  :)

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Saya amalkan makan softgel habbatussauda Minsyam , 2 biji pada waktu pagi :)

Longan Kering 
Buah longan kering ini diperkenalkan oleh seorang rakan sekerja berbangsa cina. Menurutnya, buah ini bersifat 'sejuk' dan baik untuk kesihatan. (Ada pendapat daripada seorang rakan lain pula menyatakan buah ini bersifat 'panas'). Ia sangat mudah didapati di kedai ubat tradisional cina, juga adakalanya terdapat di beberapa pasaraya besar. Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai 'geng geng'. Biasanya saya membeli buah yang sudah dikering, dibuang kulitnya dan siap dipek di kedai ubat cina dengan kadar RM5 sebungkus, untuk tiga hingga empat kali rebusan.


Yang ni saya amalkan, rebus dengan gula batu sikit (boleh jugak campur dnegan kurma merah)....minum suam atau sejuk :)

Horlicks/Milo
Saya juga amalkan meminum minuman horlicks bersama sedikit susu segar. . Minuman ini juga sedikit sebanyak membantu penghasilan susu ibu, selain berkhasiat dan menambah tenaga sesuai untuk para ibu yang sentiasa cergas.Kalau kat office, saya lebih gemar minum Milo :)


Mineral Coffee 
Ada yang kata kopi ni akan sikitkan susu badan . Tapi dengan Mineral Coffee - diperkaya dengan Garam Buluh, dapat membantu menyegarkan badan, disamping memekatkan susu badan :)


kesimpulannya, saya rasa apa-apa makanan yang buatkan anda sihat, memang membantu pengeluaran susu :)
so siapa yang ambil supplements tu memang lah bagus, tak kira jenis apa pun...

xoxo
Isma

1 comment:


  1. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Yang penting, untuk memastikan penghasilan susu badan tidak terencat, si ibu harus mendapat rehat yang cukup, tidak mengalami tekanan emosi dan harus mengambil diet yang sihat kerana penghasilan susu badan dipengaruhi oleh keseimbangan hormon prolaktin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring