Thursday, 5 June 2014

hidup anda poyo?

harini nak touch sikit pasal attitude masyarakat kita tentang rezeki, dan menuntut ilmu :)


Rezeki memang dari Allah swt tetapi firman Allah swt dari ayat Al-Quran yang bermaksud, Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri.

Biasa kan, bila kawan kita ajak pegi ke kelas biz, cari ilmu online marketing, buat biz part time, ramai yang kata, aku sibuk, ada hal lain atau ini semua poyo.

 Sedangkan sebenarnya tahap kewangan mereka masih belum selesa dan hutang mereka berlambak-lambak dan itu tidak poyo?

Simpanan pun tidak ada atau sentiasa habis digunakan dan itu tidak poyo? 
Duit mereka nak guna sendiri pun tidak cukup apatah lagi nak bersedekah dan itu tidak poyo? 
Duit kereta sentiasa bayar lambat 4-5 bulan walaupun Kancil jer, itu pun tidak poyo?

Prepaid sentiasa tak ada kredit dan asyik miss call orang untuk call balik dan itu tidak poyo?
 Jangan terfikir nak hantar mak dan ayah pergi umrah sedangkan nak hulur RM50 pun terketar-ketar dan itu tidak poyo?

Nak kahwin pun berhutang dengan Bank Rakyat dan itu tidak poyo?
 Kerja setiap hari susah payah berjam-jam tersangkut kat trafik jem, kerja punya khusyuk sampai tak sempat nak solat zohor dan asar serta maghrib atas jalan hanya untuk gaji yang sekadarnya dan itu tidak poyo?

I sendiri dah pernah lalui kebanyakan situasi "poyo" kat atas ni...
toksah nak bangga sangat kalo anda bergaji RM5,000 ke atas, tapi nak bagi mak bapak 10% sebulan pun tak mampu!

bila dalam kemelut macam ni, janganlah cakap semua ni poyo, sebab memang kita boleh keluar dari keadaan ni, dan hidup tenang, kaya dan berjaya!

saya boleh, anda pun mesti boleh :)

Adakah ia mungkin? Insha Allah mungkin bila ada ilmu dan tindakan yang betul.

Kita kata dunia ini semua poyo dan kita nak akhirat, tetapi itu semua poyo jika kita sibuk dengan dunia yang tidak seberapa dan tidak ada masa pun untuk akhirat.

Hidup kita poyo bila kita tidak ada ilmu yang dapat membantu kita kaya berjaya dunia akhirat.

xoxo
Isma
019-3393340

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring