Wednesday, 14 June 2017

Resipi Puding Karamel Mudah!

Puding karamel ( Isma masak gunakan cara flan...bain marie bake dalam oven)..

Semalam pi pasar ramadan rasa tak berbaloi nak beli..hahha...masak jelah sendirišŸ˜

Puding;
5 biji telur A gred
1 tin susu cair
Half cup air
3 sudu gula
Vanila essence 1 sudu kecil

Pukul telur n gula. Takyah beria2 sampai berbuih sbb nnt puding jadi berlubang2..so pukul asalkan gula tu sebati. Campur susu and air and vanilla.

Gula hangus;
6 sudu gula - tabur evenly atas non stick pan. Api sederhana..biar die cair sendiri takyah kacau2. Once semua gula cair..letak dalam 2 sudu air. Die akan meletup sket..kacau sikit je and tutup api.

Buat gula hangus dulu...tuang terus dalam bekas nak letak puding. Then biar die cool off dalam fridge sementara korang bancuh puding tu. (5-10 min dah ok)

Then ..tuang puding dalam bekas. Paling baik (nak bagi puding tekstur licin)...guna tapis supaya adunan tu takde telur yg tak hancur etc.

Isma bake dalam oven 180 degrees for 30 mins. Tutup bekas tu dengan aluminium foil dan letak tray berisi air dalam oven.

Senang sangat...worth it buat dan makan puas!

Selamat mencuba!

#ismacooks
#Mumpreneur
#CDMpunmasakjugak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring